Policies

POLISI PENGHANTARAN, PENGEMBALIAN DAN PENUKARAN

 

PENGHANTARAN PESANAN

 

RISTORE dengan usaha yang wajarnya akan membuat penghantaran pesanan pelanggan mengikut alamat yang diisi oleh pihak pelanggan. RISTORE tidak menjamin masa yang tetap untuk penerimaan pesanan oleh pelanggan. RISTORE tidak akan bertanggungjawab ke atas kelewatan khidmat penghantaran pihak ketiga sekiranya kelewatan tersebut adalah disebabkan oleh punca-punca di luar kawalan RISTORE.

 

Pesanan anda akan dihantar melalui khidmat penghantaran pihak ketiga yang ditetapkan oleh RISTORE. Penghantaran pesanan-pesanan yang telah dibuat akan diproses setelah penerimaan pembayarannya atau pengesahan kad kredit melalui sistem pembayaran di laman web kami. Jangka masa proses penghantaran ke seluruh Malaysia dianggar selama 3-21 hari bekerja. Sebarang kelewatan setelah penyerahan pesanan kepada servis penghantaran pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak RISTORE.

 

Sila maklum bahawa pembelian di laman web ini adalah kepada pembelian di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei sahaja. Mana-mana negara-negera lain boleh kepada khidmat pelanggan kami.

 

RISTORE berhak mengubah waktu penghantaran pada bila-bila masa mengikut ketersediaan produk.

 

ALAMAT PENGHANTARAN

 

Sila pastikan alamat yang diisi adalah lengkap dan tepat. Sekiranya pesanan dikembalikan disebabkan oleh alamat yang salah atau tidak lengkap seperti yang telah diisi oleh pelanggan, RISTORE akan menghubungi anda untuk pembetulan, dan pesanan akan dihantar semula dengan caj penghantaran yang ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. Anda perlu menyerahkan bukti pembayaran caj penghantaran tersebut kepada RISTORE setelah pembayaran dibuat. RISTORE juga akan hubungi anda sekiranya alamat yang diisi tidak dapat dihantar oleh khidmat penghantaran yang dilantik meminta alamat alternatif untuk penghantaran pesanan tersebut. Sila pastikan juga nombor telefon yang dinyatakan adalah nombor yang boleh dihubungi semasa penghantaran.

 

CAJ PENGHANTARAN

 

Caj penghantaran adalah tertakluk ketetapan dari RISTORE bergantung kepada produk yang dijual di RISTORE. Caj penghantaran sama ada dalam atau luar negara mengikut kadar semasa.

 

PILIHAN PENGHANTARAN

 

Untuk memastikan harga dan khidmat pelanggan yang terbaik, RISTORE hanya akan melantik khidmat penghantaran yang bereputasi dan dipercayai. Sila pastikan maklumat anda bagi penghantaran adalah tepat dan benar bagi memastikan penghantaran pesanan diterima.

 

PENGEMBALIAN PESANAN

 

Sebarang pembelian adalah muktamad. RISTORE tidak akan memproses sebarang pengembalian bagi pesanan yang telah diterima pembayarannya. Hanya pengembalian yang melibatkan penghantaran pesanan yang tidak bertepatan dengan pesanan yang dibuat dibenarkan. RISTORE mempunyai hak mutlak untuk menerima atau menolak pengembalian pesanan. Anda boleh hubungi khidmat pelanggan RISTORE untuk maklumat lanjut.

 

PENUKARAN DAN BAYARAN BALIK

 

Sebarang pembelian adalah muktamad. RISTORE tidak akan memproses sebarang penukaran atau membuat bayaran balik kepada pesanan yang dibuat setelah pesanan tersebut diproses dan diterima pembayarannya. Penukaran hanya dibenarkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan pesanan yang dihantar, kerosakan atau cacat cela pesanan yang diserahkan bukti atau maklumat penting yang diminta oleh pihak khidmat pelanggan RISTORE. Penukaran perlu dibuat tidak lewat dari 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan anda. Bagi sebarang kesalahan penghantaran yang tidak mengikut pesanan, pesanan perlu dikembalikan dalam keadaan yang sempurna dan tidak pernah dibuka atau digunakan untuk digantikan dengan produk yang sepatutnya dihantar oleh RISTORE. RISTORE mempunyai hak mutlak untuk menerima atau menolak penukaran pesanan.

 

KETERSEDIAAN PRODUK

 

RISTORE dengan usaha yang wajarnya akan membekalkan produk-produk yang dipesan, dan sekiranya RISTORE mempunyai kesulitan untuk memenuhi sebarang pesanan, RISTORE akan hubungi anda untuk memaklumkan status pesanan tersebut dan pihak RISTORE boleh mencadangkan alternatif untuk memenuhi pesanan anda sama ada mencadangkan waktu penghantaran yang baru, pembelian produk lain, atau membatalkan pesanan tersebut dan mengembalikan wang yang telah diterima.

 

Untuk memastikan kualiti produk-produk keluaran RISTORE adalah terjaga pada setiap masa, RISTORE berhak untuk menghadkan kuantiti bagi setiap pesanan atau mengubah kuantiti mengikut ketersediaan produk dari masa ke semasa.

 

Sekiranya produk anda adalah bersifat “pre-order”, RISTORE berhak mengubah jangka masa penghantaran dan memaklumkan pelanggan berkenaan ketersediaan produk itu setelah pesanan anda sedia untuk dihantar.

 

PENJUALAN ADALAH KEPADA PELANGGAN (end-user) SAHAJA

 

RISTORE hanya membenarkan pesanan dibuat oleh pelanggan sendiri. Tiada pembelian melalui pihak ketiga kecuali P.S. Berdaftar yang dilantik oleh RISTORE.

 

Tiada sebarang penjualan semula dibenarkan. RISTORE berhak untuk menolak atau membatalkan pesanan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewangan atau transaksi yang meragukan.

 

BUKTI PEMBELIAN

 

RISTORE akan menghantar emel kepada anda sebagai pengesahan pembelian.

 

KHIDMAT PELANGGAN

 

Anda boleh menghubungi pihak khidmat pelanggan RISTORE sekiranya anda ingin memberi maklum balas atau membuat sebarang pertanyaan melalui emel: [email protected] atau No. Tel: 03-2935 8066 atau Whatsapp: 010-712 9392 / 017-940 0658.

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2021
Powered with
by AVANA
Click Below To Share